PENYOKONG TEGAR PARTI ITU SEMAKIN MEROSOT : MASA UNTUK BERMUHASABAH



PENYOKONG TEGAR PARTI ITU SEMAKIN MEROSOT : MASA UNTUK BERMUHASABAH

Bukan mudah untuk mengakui hakikat tetapi inilah yang sedang berlaku kepada parti itu. Parti itu sudah semakin lemah walaupun masih berada di singgahsana pemerintahan negara.

Parti itu dahulunya kuat, memimpin negara puluhan tahun, kekuatan bukan sahaja di puncak tinggi kepimpinan negara tetapi kampung, masjid dan surau, JKKK dikuasai oleh anggota parti itu.

Penyokong tegar, Pemuda tahan lasak dan seumpamanya menjadi benteng parti itu. Mendatangkan gerun kepada musuh malah seterusnya politiknya khususnya PAS secara konsistennya menjadi mangsa.

Ketika parti itu tewas buat pertama kalinya dalam PRU14, parti itu mengalami kekuncupan apabila ahli parti itu mula meninggalkan parti atau mengambil sikap mendiamkan diri.

Ketika parti itu lemah, ketika parti itu baru mula belajar menjadi pembangkang, PAS hadir menghulurkan tangan di atas nama Penyatuan Ummah sehingga wujudnya Muafakat Nasional.

Walaupun kini parti itu berada dalam Kerajaan Perpaduan, situasi itu tidak membantu parti itu terus kuat tetapi semakin melemahkan. Pengakuan Timbalan Presiden parti itu sendiri mengakui bahawa Penyokong Tegar parti itu semakin merosot.

Alang-alang parti itu kini sedang menghadapi PAU, eloklah sangat parti tu bermuhasabah. Masa yang paling sesuai untuk menentukan halatuju parti itu selepas ini.

KFAK

Ulasan