PN KEKAL FOKUS DI JOHOR
Kalau dibaca laporan berita ini dengan tenang, sebenarnya gambaran politik Johor agak jelas dan tidaklah serumit yang cuba digambarkan oleh sesetengah pihak.
Baca di sini; https://www.khairulfaizi.com.my/2026/01/tiada-sebab-pas-perlu-tolak-muhyiddin.html?m=1
Pertama, PAS dari awal memang bercakap soal 'big picture', soal penyatuan ummah dan kestabilan politik. Sebab itu, walaupun ada sedikit pergolakan politik di Perlis, PAS Johor tak nampak keperluan untuk bawa “cerita negeri lain” masuk ke Johor. Politik Johor ada acuan dan realiti sendiri. Begitulah pesan Tuan Guru Dato Dr Mahfodz Mohamed kepada ahli PAS di Johor.
Kedua, ajakan PAN Johor supaya penyokong PAS mengundi PH di Pagoh nampak lebih macam langkah terdesak. Hakikatnya, Amanah dan PH Johor sendiri masih tercari-cari peranan dalam kerajaan negeri. Status sebagai “Pengimbang” dalam DUN Johor pun belum benar-benar memberi impak besar. Bila idea makin kering, isu Pagoh cuba dijadikan modal politik.
Ketiga, soal Muhyiddin Yassin di Pagoh bukan isu kecil. Orang Pagoh kenal beliau bukan sehari dua. Sejak 1978 lagi beliau jadi wakil rakyat di situ. Dalam politik sebenar, jasa, rekod dan hubungan dengan rakyat setempat lebih kuat berbanding label atau naratif yang dimainkan oleh lawan politik.
Keempat, bila PAN mengajak penyokong PAS menyokong PH, secara tak langsung ia menunjukkan PAN sendiri sukar menarik sokongan akar umbi PAS. Jadi jalan mudahnya ialah cuba memecahkan sokongan PN dari luar. Cuma strategi begini biasanya mudah dibaca oleh pengundi.
Kesimpulannya, di Johor, hubungan PAS dan Bersatu dalam PN masih kukuh dan stabil. PAS tak nampak sebab untuk “menolak kawan sendiri” semata-mata untuk memenuhi kehendak politik pihak lain.
Agaknya, kalau pimpinan PAN tak tulis tentang PAS, orang tak beri perhatian kot...
KFAK

Ulasan
Catat Ulasan