TAHNIAH PASTI JOHOR ; UNGGULI ANUGERAH UTAMA DALAM MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PASTI MALAYSIA
Alhamdulillah, rasa syukur sangat apabila dapat luangkan masa hari ini dalam program Majlis Anugerah Prestasi PASTI Malaysia di Berjaya Waterfront, Johof Baharu.
Saya dijemput hadir atas kapasiti sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, merangkap mantan Pengarah PASTI Negeri Johor. Jemputan ini amat bermakna buat saya secara peribadi.
PASTI bukan sekadar sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak tetapi medan tarbiyah yang telah banyak membentuk nilai, disiplin dan daya kepimpinan dalam perjalanan hidup serta perjuangan saya. Kembali ke majlis PASTI dalam suasana penuh penghargaan dan kecemerlangan ini benar-benar menyentuh perasaan.
Sebagai mantan Pengarah PASTI negeri Johor, saya turut berbangga dengan Prestasi PASTI Johor sehingga berjaya merangkul Tiga Anugerah Utama iaitu Anugerah Tokoh Murid PASTI Malaysia, Anugerah PASTI 3K Terbaik (Rumah Kedai), Anugerah PASTI 3K Terbaik (Rumah Kediaman) dan AnugerahcMajlis Guru PASTI Terbaik.
Saya juga menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga PASTI di semua peringkat atas komitmen, kesungguhan dan pengorbanan berterusan dalam mendidik generasi ummah. Semoga PASTI terus istiqamah melahirkan insan berilmu, berakhlak dan berjiwa kepimpinan demi masa depan Islam dan negara.
Wassalam...
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Mantan Timbalan Ketua Pengarah PASTI Malaysia
Mantan Pengarah PASTI negeri Johor


Ulasan
Catat Ulasan