WARTAWAN FMT BIKIN PANAS : PERMOHONAN MAAF TELAH DIKEMUKAKAN OLEH MAJIKAN
Akhirnya FMT tampil memohon maaf. Satu langkah yang wajar, walaupun agak lewat selepas api dimainkan dan bara perkauman hampir dinyalakan. Rakyat sedang menunggu apakah tindakan selanjutnya FMT terhadap wartawan itu.
Ironinya, wacana tentang Gaza, simbol penindasan sebenar yang diiktiraf dunia, cuba ditarik masuk ke konteks Malaysia, seolah-olah negara ini mengamalkan dasar apartheid. Entah sejak bila orang Cina di Malaysia dihalau dari rumah, tanah dirampas tanpa undang-undang atau hidup di bawah sekatan ala Gaza?
Lebih menarik, bila soalan itu dipersoalkan, barulah muncul siasatan dalaman dan kenyataan “kami tidak bersetuju”. Mujurlah juga FMT sedar bahawa kebebasan bertanya bukan lesen untuk membuat perbandingan dangkal dan mencetuskan persepsi palsu.
Malaysia ada banyak isu untuk dibincangkan secara matang. Tetapi memelihara keharmonian kaum bukan dengan membina naratif mangsa yang tidak berasas. Kalau semua perkara mahu dilabel “apartheid”, akhirnya makna sebenar penindasan akan hilang dan yang tinggal cuma sensasi.
KFAK




Ulasan
Catat Ulasan