CADANGAN NAIK BASIKAL KE TEMPAT KERJA MEMANG ADA ASASNYA TAPI BIAR REALISTIK



CADANGAN NAIK BASIKAL KE TEMPAT KERJA MEMANG ADA ASASNYA TAPI BIAR REALISTIK

1. Baiklah, secara umumnya saya sokong cadangan Tok Mat Maslan supaya kita praktikkan budaya berbasikal ke tempat kerja.

2. Saya masih ingat lagi dulu bila saya ke Jepun, rakan sekerja di sana pun pergi ke pejabat naik basikal.

3. Bila saya kata saya ke tempat kerja naik kereta, mereka kata saya mewah sedangkan rumah saya ke tempat kerja tidak sampai pun 4 km pada masa itu.

4. Di Jepun contohnya, mereka bukannya naik basikal terus dari rumah tapi basikal ditempatkan di stesyen LRT yang paling dekat dengan tempat kerja. Kalau di Lembah Klang, ramai yang praktikkan dengan naik komuter/LRT dari rumah dan turun di stesen dan berjalan kaki ke tempat kerja.

5. Sebab itu, bila Tok Mat Maslan cadangkan naik basikal, bagi mereka yang bekerja jauh dari rumah, 30-40 km jaraknya, memang tergelak sakanlah.

6. Jadi Tok Mat Maslan janganlah terkejut bila cadangannya digelakkan lebih-lebih lagi yang bekerja di bandar-bandar besar.

7. Kalau yang tinggal di Taman Pontian Utama nak ke Pejabat Daerah Pontian dalam jarak 6km mungkin tidaklah terasa sangat jauhnya. Tapi kalau jaraknya puluhan kilometer, tak sempatlah nak 'punch card' pada waktu masuk kerja.

KFAK

Ulasan