PIMPINAN MUDA ZIARAH PESURUHJAYA PAS JOHOR



PIMPINAN MUDA ZIARAH PESURUHJAYA PAS JOHOR

Alhamdulillah, tengahari tadi menemani Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr. Mahfodz bin Mohamed yang menerima kunjungan delegasi MUDA yang diketuai oleh Ainie Haziqah, Setiausaha Agung MUDA, Rasid Abu Bakar (Ketua Penerangan), Nur Amirah Shaharum (Penyelaras MUDA Johor) dan sdr Ikhwan yang merupakan Timbalan Ketua MUDA Muar.

Pertemuan mahabbah ini telah diadakan di kediaman Dato' Mahfodz di Kundang Ulu, Gerisek, Muar.

Pertemuan yang berlangsung hampir dua jam itu bertujuan untuk membina hubungan dan memperkukuhkan komunikasi antara pimpinan kedua-dua parti, khususnya di negeri Johor.

KFAK

Ulasan