TAMBANG BAS EKSPRESS NAIK 50 PERATUS!
Bulan ini, untuk pertama kalinya, saya menggunakan khidmat bas ekspress dan terkejut dengan kenaikan mendadak harga tiket yang rupa-rupanya telah naik mulai 1 Mei.
Kenaikan harga tiket daripada RM25 kepada RM38 satu hala, sudah tentulah ia adalah kenaikan yang paling tinggi dalam sejarah.
Perbezaan harga: RM38 − RM25 = RM13 @ 52% kenaikan.
Jadi, kenaikan harga tiket tersebut ialah 52%.
Info yang saya terima setakat ini, harga baharu bergantung kepada jarak perjalanan dikalikan dengan RM 0.15 (untuk bas eksekutif iaitu kerusi 2+1)
Perjalanan Kluang - TBS;
250 KM x RM 0.15
= RM 37.5
Kiraan sebelum kenaikan 1 Mei 2026;
250 KM x RM 0.10
= RM 25.0
Kenapa kerajaan benarkan kenaikan dilaksanakan dalam suasana krisis ekonomi ketika ini?
Ini adalah perjalanan Kluang- TBS, bagaimana pula dengan perjalanan yang jauh, JB ke KB atau JB ke Perlis?
KFAK

Ulasan
Catat Ulasan