ALHAMDULILLAH! JASLIONDA SALUDIN TELAH DIJUMPAI!



ALHAMDULILLAH!

Pendaki Hilang Ditemukan Selamat, Malaysia Bersyukur

Penemuan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu dan ditemukan selamat hari ini, membawa khabar gembira yang melegakan seluruh rakyat Malaysia.

Berita penemuan ini disambut dengan penuh rasa syukur setelah pelbagai pihak bertungkus-lumus menjalankan operasi mencari dan menyelamat sejak beliau dilaporkan hilang. Keselamatan beliau menjadi doa dan harapan ramai sepanjang tempoh kehilangan tersebut.

Saya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota pasukan mencari dan menyelamat, agensi kerajaan, sukarelawan serta masyarakat yang tidak pernah putus mendoakan keselamatan beliau sepanjang operasi berlangsung.

Semoga Jaslinda diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan selepas ini, dan semoga keluarga serta semua pihak yang terlibat dalam operasi pencarian terus diberi kekuatan serta ganjaran yang sewajarnya atas usaha dan pengorbanan yang telah dicurahkan.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas berita yang amat melegakan dan menggembirakan ini.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil, KMN
Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Johor
6 Jun 2026

Ulasan