AZLAN JOHAR DIREHATKAN SELEPAS MENERIMA SIJIL KEAHLIAN PAS



AZLAN JOHAR DIREHATKAN SELEPAS MENERIMA SIJIL KEAHLIAN PAS

Dalam dunia moden yang menjunjung kebebasan berpersatuan dan hak demokrasi, masih wujud segelintir pihak yang berfikiran sempit dan bersifat diskriminatif.

Selepas menerima sijil keahlian PAS, saudara Azlan Johar dilaporkan direhatkan daripada tugas sebagai Pengulas Piala Dunia 2026. Istilah yang digunakan mungkin "direhatkan", namun rakyat mampu menilai sendiri hakikat di sebalik keputusan tersebut.

Saya yakin beliau amat teruja untuk menggalas tanggungjawab mengulas kejohanan bola sepak terbesar dunia itu. Namun, apabila peluang tersebut dinafikan hanya kerana kecenderungan atau pilihan politik seseorang, maka ia menimbulkan persoalan tentang keadilan, profesionalisme dan kebebasan yang sering dilaungkan.

Rakyat semakin matang dan mampu melihat wajah sebenar mereka yang menggunakan kuasa untuk menghukum perbezaan pandangan politik.

Semoga saudara Azlan Johar terus tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Jika benar berlaku kezaliman, maka ingatlah bahawa doa orang yang dizalimi tiada hijab antara dirinya dengan Allah SWT.

"Dan Allah tidak sekali-kali lalai terhadap apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim."
(Surah Ibrahim: 42)

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
15 Jun 2026



Khairul Faizi bin Ahmad Kamil

Kluang, Johor

15 Jun 2026

www.khairulfaizi.com.my

Ulasan