DUN MAHKOTA: BERSAMA, BN ATAU PH?



DUN MAHKOTA: BERSAMA, BN ATAU PH?

Sejak saya mula mengundi pada PRU ke-10, saya telah mengundi 3 lambang iaitu PAS, DAP dan PN.

Bermula dengan DAP pada tahun 1999 di Parlimen Kluang dan DUN Mengkibol, seterusnya pada tahun 2004 (DAP/PAS), tahun 2008 (DAP/PAS), tahun 2013 (DAP/PAS) dan 2022 (PN/PN).

Begitu juga PRK Mahkota pada tahun 2024, saya memilih PN.

Saya mengundi DAP semasa PAS bersama-sama dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat.

Tahun 2004, saya mula bertanding di DUN Mahkota dan saya tidak mengundi pada tahun 2018 kerana ketika itu saya bertanding di Parlimen Segamat dan DUN Jementah.

PRN ke-16 ini, DUN Mahkota menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara BERSAMA, BN dan PH.

Melihat kepada calon, ketiga-tiganya saya kenali;

1. Abd Hamid Ali, mantan Ketua PKR cabang Kluang dan Setiausaha MPN Johor. Biasa bermesej dengannya walaupun ketika itu dia masih lagi dalam PKR.
2. Syed Hussien Al-yahya saya kenal bermula dalam Muafakat Nasional (MN) di Kluang.
3. Zuhan Zain paling saya kenal, pernah menjadi exco Pemuda PAS Johor sewaktu saya memimpin Pemuda PAS Johor.

Memandangkan PN tidak bertanding di DUN Mahkota kali ini, maka saya perlu tentukan untuk mengundi siapa atau parti mana?

Saya tidak akan mengundi calon PH kerana di situ adanya DAP. Maaf...

Mungkinkah kali ini saya akan mengundi BN untuk pertama kalinya? Ataupun mungkin BERSAMA akan mendapat satu undi saya? Masa akan menentukan nanti.

Buat masa ini, fokus saya adalah untuk memenangkan 11 calon PAS yang bertanding di atas nama PERIKATAN NASIONAL!!

KFAK

Ulasan