ISU KEMASUKAN ‘PINTU BELAKANG’ UNIVERSITI AWAM

ISU KEMASUKAN ‘PINTU BELAKANG’ UNIVERSITI AWAM

Dr Haim Hilman Sedia Ke Mahkamah, Desak KPT Jawab Dengan Data

▪️ Tegas tidak akan menarik balik pendirian berhubung isu kemasukan saluran terbuka ke Universiti Awam (UA).

▪️ Mencabar KPT mendedahkan jumlah sebenar pelajar yang memasuki UA melalui saluran selain UPU, khususnya dalam program kritikal.

▪️ Persoalkan mengapa pelajar yang gagal melalui UPU boleh diterima masuk melalui saluran berbayar dengan yuran penuh.

▪️ Dakwa sistem ini menjejaskan peluang pelajar B40 dan M40 yang bersaing berdasarkan merit.

▪️ Memetik data JKNCR UA yang menyatakan kira-kira 11,860 pelajar setahun memasuki UA melalui saluran terbuka.

▪️ Menegaskan lebih 30,000 pemohon UPU 2025 tidak menerima tawaran walaupun saluran lain masih dibuka.

▪️ Turut membangkitkan isu kekurangan asrama, kebajikan mahasiswa dan cadangan pengurangan bajet KPT sebanyak RM2.39 bilion.

▪️ Menggesa KPT menjamin pelajar miskin tidak terhalang mendaftar ke universiti akibat yuran pendaftaran yang tinggi.

"Rakyat berhak mendapat jawapan yang jelas, lengkap dan berdata."

HarakahDaily | 16 Jun 2026

Ulasan