MN 2.0 atau Rumah Bangsa?

MN 2.0 atau Rumah Bangsa?

Nama bukan isu utama, yang penting ialah muafakat dan penyatuan Melayu-Islam demi kepentingan ummah dan negara.

Jika UMNO dan PAS bersetuju, sama ada melalui Rumah Bangsa, Musyawarah Nasional atau MN 2.0, ia boleh menjadi platform penyatuan yang lebih besar.

PRN Johor boleh dijadikan titik permulaan kerjasama strategik, manakala negeri-negeri lain turut boleh menjadi medan memperkukuhkan muafakat.

Sekiranya UMNO memilih untuk meneruskan kerjasama sedia ada dengan PH, PAS dan rakan-rakan lain perlu meneroka pembentukan Muafakat Nasional 2.0 sebagai persiapan menghadapi PRU16.

Apa jua bentuknya, matlamat utama ialah mengelakkan perpecahan, memperkukuhkan perpaduan Melayu-Islam dan mengutamakan persamaan berbanding perbezaan demi masa depan negara.

Tan Sri Annuar Musa

 

Ulasan