MUNGKINKAH PENJAJARAN SEMULA POLITIK NASIONAL?
PRN Johor Ke-16 bakal menjadi penentu arah politik negara.
BN dilihat mendahului dengan kelebihan sebagai penyandang kerajaan negeri.
PH berdepan cabaran mempertahankan kedudukan, khususnya di kerusi PKR dan PAN.
PN mempunyai potensi mencipta kejutan jika berjaya menarik sokongan pengundi atas pagar dan anak muda.
Pengundi muda, pengundi kali pertama (FTV) dan pengundi luar dijangka menjadi penentu utama keputusan pilihan raya.
Kos sara hidup, ekonomi dan kredibiliti calon bakal menjadi isu utama yang mempengaruhi pengundi.
Pertembungan BN dan PH di Johor walaupun bersama dalam Kerajaan Persekutuan menjadikan PRN ini unik dan penuh persoalan.PRN Johor 2026 bukan sekadar menentukan kerajaan negeri, tetapi berpotensi menjadi penanda aras baharu politik nasional.
"Expect The Unexpected."
Mohd Syahir Che Sulaiman
Ahli Parlimen Bachok
2 Jun 2026

Ulasan
Catat Ulasan