PRINSIP, BUKAN JAWATAN - TOK QOBIN



PRINSIP, BUKAN JAWATAN

Saya tidak masuk politik untuk mengejar jawatan, kuasa atau kekayaan.
Ketika UMNO kalah pada 2018, saya kekal bersama perjuangan walaupun terpaksa berkorban wang, masa dan tenaga sendiri. Apabila UMNO kembali berkuasa pada 2022, saya pula memilih untuk keluar.

Dalam Bersatu dan Team Reset, peluang memegang jawatan lebih besar terbuka di hadapan saya. Namun saya memilih menyertai PAS sebagai ahli biasa, tanpa sebarang jawatan.

Jika saya mengejar kedudukan, mengapa saya meninggalkan peluang yang lebih besar?

Saya memilih PAS kerana prinsip dan keyakinan perjuangan, bukan kerana habuan politik.

Bagi saya, politik adalah wadah untuk berjuang demi agama, bangsa, negara dan kebajikan rakyat, bukan medan mencari kemewahan.

Kita mungkin berbeza parti, tetapi jika matlamatnya untuk kebaikan rakyat, kita sebenarnya menuju ke arah yang sama.

"Kalau tak puas hati juga, anggaplah saya masuk PAS sebab nak kejar jadi ustaz."

Tuk Qobin

Ulasan