SAMI'NA WA ATHO'NA | KAMI DENGAR DAN KAMI PATUH
Sami'na wa atho'na, kami dengar (keputusan/arahan) dan kami patuh. Satu ungkapan yang biasa kita dengar dan sudah sudah tentu ia menjadi harapan semua parti politik supaya ahli parti dapat menerima keputusan parti tanpa berbelah bagi.
Mungkin keputusan itu tidak selari dengan jiwa kita, mungkin tidak sesuai dengan pendapat kita tetapi apabila keputusan telah dibuat maka tugas kita sebagai ahli parti adalah mengikut arahan dan keputusan.
Dalam tempoh 29 tahun sebagai Ahli PAS secara rasmi sejak tahun 1997, saya dapat melihat ada keputusan-keputusan besar yang telah dimuktamadkan oleh PAS yang memberikan kesan kepada PAS secara keseluruhannya.
Kesan dari keputusan-keputusan PAS juga menyebabkan ada pimpinan dan ahli PAS yang mengambil keputusan untuk keluar dari PAS kerana tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat, ada juga yang mengambil sikap melepaskan jawatan kerana tidak bersetuju dengan halatuju politik PAS malah ada yang menubuhkan parti baru dan menentang PAS.
Disinilah ujian sebenar yang perlu dihadapi oleh ahli PAS. Ujian kita bukan sahaja berhadapan dengan musuh diluar tapi juga dengan ujian dalaman termasuk ujian hati.
Justeru teruslah beristiqamah dalam perjuangan ini. Dengar dan patuh dengan keputusan dan arahan jamaah.
Berkat, Prihatin, Sejahtera
9 Jun 2026
KTM Bandar Tasek Selatan

Ulasan
Catat Ulasan