STRATEGI DAP/PH UNTUK TAKHLUKI NEGERI JOHOR TERDEDAH TANPA SENGAJA
Pengumuman ADUN Skudai untuk bersara dari politik bukanlah datang dari dalam hati lapang tetapi atas rasa kecewa apabila keputusan partinys untuk memindahkan beliau ke DUN baru iaitu DUN Tiram.
Walaupun kerusi DUN Tiram telah diwakili oleh PKR sebelum ini, sejak Pakatan Rakyat lagi dan calon PKR pernah menang sekali pada PRU14, namun apabila Pengerusi DAP Johor jelaskan bahawa YB Marina Ibrahim bakal dipindahkan ke Tiram, dengan jelas kita boleh baca ia adalah strategi DAP/PH untuk kembali merampaskan kerusi tersebut.
Bagi meyakinkan Marina, Pengerusi DAP Johor , YB Teo Nie Ching memberi jaminan bahawa Marina akan dilantik sebagai Pengerusi GLC jika keputusan PRN nanti tidak memihak kepada Marina.
Strategi DAP ini akhirnya terdedah secara tidak langsung, walaupun sebenanya ia adalah bertujuan untuk menjawab isu yang berlaku. Mungkin kerusi Tiram telah dipersetujui untuk ditukarkan antara DAP dan PKR tetapi apa yang penting, ini adalah peluang besar untuk DAP mengalahkan UMNO di Johor.
Di PRN Johor, DAP menang 10 kerusi dan lawannya adalah MCA manakala DAP kalah 4 kerusi, kesemunya juga kepada calon MCA. Prestasi DAP yang kalah kesemuanya kerusi di PRN Sabah (lapan kerusi) sudah tentu mempengaruhi strategi mereka di Johor. Undi kaum Cina bukan lagi deposit tetap untuk DAP lagi, silap-silap ia akan jadi 'senjata makan tuan'.
Marina Ibrahim adalah satu contoh yang boleh kita sandarkan kepada apa yang saya nyatakan ini. Untuk menang di kawasan pengundi marginal seperti DUN Tiram, calon Melayu usia muda akan jadi sandaran.
Apa yang pasti, tawaran untuk jawatan Pengerusi GLC belum cukup kuat untuk 'memujuk' Marina berpindah ke DUN Tiram.
1 Jun 2026

Ulasan
Catat Ulasan