UMNO-PAS BINCANG PENYATUAN MELAYU
📌 Wakil UMNO dan PAS dilaporkan mengadakan pertemuan bagi membincangkan usaha penyatuan orang Melayu.
📌 Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan pertemuan tersebut, namun menegaskan ia bukan rundingan rasmi kepimpinan tertinggi dan tidak membincangkan secara khusus MN 2.0.
📌 Perbincangan lebih tertumpu kepada kerjasama serta usaha memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara.
📌 UMNO menegaskan keutamaan ketika ini ialah memastikan Kerajaan Perpaduan kekal sehingga tamat penggal Parlimen ke-15.
📌 Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengakui berlaku pertemuan antara pemimpin kedua-dua parti dan menyifatkannya sebagai pertemuan biasa.
📌 PAS terus berpegang kepada prinsip penyatuan Melayu-Islam, di samping mengambil kira kepentingan masyarakat majmuk dan bukan Islam.
📌 PAS terbuka untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak berdasarkan kekuatan, pengaruh dan kepentingan ummah.
📌 Kedudukan kerjasama dengan BERSATU dijangka dibincangkan dalam mesyuarat parti yang akan datang.
📌 Menjelang PRN Johor dan kemungkinan PRN negeri lain, PAS akan menilai calon, pengaruh dan peluang kemenangan sebelum membuat keputusan muktamad.
Sumber: Utusan Online
6 Jun 2026

Ulasan
Catat Ulasan