GREEN WAVE LAGI?
Ceramah saya di DUN Endau tadi, saya ada sentuh tentang ucapan seorang Menteri PH yang kata dalam ucapannya, Gelombang Hijau atau Green Wave sedang menuju ke Johor.
Begitulah, setiap kali pilihan raya, cerita yang sama akan keluar. Kali ini di Johor pun begitu. PH sibuk bercerita kononnya "Green Wave" PAS sedang menuju ke Johor. Sasaran utamanya nampak jelas, nak pastikan pengundi Cina keluar mengundi.
Persoalannya, betulkah yang ditakuti itu PAS? Atau sebenarnya yang lebih dibimbangi ialah penyokong PH sendiri semakin hilang semangat untuk keluar mengundi kerana kecewa dengan prestasi kerajaan?
Kalau sokongan masih kuat, kenapa perlu ulang-ulang naratif yang sama? Sedangkan PAS hanya bertanding 11 kerusi sahaja. Kalau PAS bertanding 30 kerusi, mahu pengsan berkali-kali mereka.
Satu lagi yang menarik, ada yang kata PAS tak lawan DAP. Eh... di DUN Tiram dan DUN Jementah, PAS bertanding terus menentang DAP. Jadi, mana datang cerita PAS tak lawan DAP?
Akhirnya, rakyat Johor bukan mudah lagi nak dipengaruhi dengan cerita-cerita yang menakutkan. Pengundi hari ini lebih bijak. Mereka akan tengok siapa yang ada rekod, siapa yang ada kerja, dan siapa yang benar-benar boleh jaga kebajikan rakyat.
Bila kempen lebih banyak bermain dengan ketakutan daripada menawarkan penyelesaian, mungkin itu petanda yang perlu lebih dirisaukan bukan "Green Wave", tetapi gelombang kekecewaan penyokong sendiri.
Pengundi Johor, pastikan tolak PH. Undi PAS/PN.
4 Julai 2026, 12.57 malam
Endau, Johor

Ulasan
Catat Ulasan