PAS KEKAL TENANG DENGAN STRATEGI TERSENDIRI




PAS KEKAL TENANG DENGAN STRATEGI TERSENDIRI

Malam ini, mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat berlangsung di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, KL.

Memandangkan berlakunya PRN Johor dan Negeri Sembilan, maka telah beberapa kali Mesyuarat Khas dilaksanakan dengan 'short notice' kerana ada perkara² yang perlu segera diputuskan.

Malam ini TG Presiden PAS hadir dengan penuh semangat bagi membincangkan persiapan bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan serta menyebut tentang perbezaan di antara PRN Johor dan PRN Negeri Sembilan dengan memberikan perumpamaan seperti perlawanan bola sepak FIFA yang sedang belangsung ketika ini!.

Tak sangka pulak, TGHH pun ikuti perkembangan Piala Dunia FIFA. TGHH buat ulasan sikit tentang perlawanan antara Argentina dengan Mesir. Agaknya TGHH sokong Mohamad Salah & Mesir kot...

Apapun, mesyuarat PAS Pusat sentiasa berjalan dalam suasana harmoni dengan semangat kekeluargaan. Bila balik mesti masing² akan rasa 'happy'. Tak rasa penat walaupun sampai rumah pukul 1.50 pagi.

Khairul Faizi Ahmad Kamil
Kluang, Johor
15 Julai, 2.27 pagi

Ulasan