RINGKASAN: 7 AGENDA



RINGKASAN: 7 AGENDA
BERKAT • PRIHATIN • SEJAHTERA
PERIKATAN NASIONAL – PRN JOHOR 2026
JOM JAGA JOHOR

Perikatan Nasional menawarkan 7 agenda utama untuk membina Johor yang Berkat, Prihatin dan Sejahtera, berasaskan integriti, kebajikan rakyat dan penyelesaian kepada isu sebenar.

1. Infrastruktur & Utiliti – Naik taraf jalan, lampu jalan, saliran, bekalan air, elektrik, internet, Bas Muafakat serta kemudahan surau dan balai raya.

2. Pertanian & Makanan – Perkasa sektor pertanian moden, nelayan, agro-pelancongan dan memperkukuh jaminan bekalan makanan.

3. Perumahan & Tanah – Tambah rumah mampu milik, percepat skim sewa beli, selesaikan isu geran tanah kampung dan bela hak peneroka.

4. Pendidikan – Tingkatkan kemahiran asas murid, bantuan tuisyen B40 dan naik taraf sekolah agama.

5. Ekonomi & Pelaburan – Perkukuh IKS, cipta peluang pekerjaan bergaji tinggi, dan perluas latihan kemahiran belia.

6. Kebajikan, Kesihatan & Sosial – Perluas bantuan usahawan, kesihatan mental, kemudahan kesihatan luar bandar serta memperkukuh institusi keluarga dan pembangunan belia.

7. Alam Sekitar – Lindungi ruang hijau, cegah pencemaran sungai dan udara, serta pastikan pembangunan yang lestari demi kesejahteraan rakyat.

Berkat • Prihatin • Sejahtera
Jom Jaga Johor.

Ulasan