Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay atas segala khidmat bakti sepanjang hampir 35 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.
Persaraan ini merupakan penamat kepada satu amanah jawatan, namun jasa, integriti, ketegasan dan sumbangan Tan Sri dalam memperkukuhkan keselamatan negara akan terus dikenang.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan buat Tan Sri sekeluarga serta terus diberi ruang untuk menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Selamat bersara.
Ikhlas daripada,
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha Agung PAS

Ulasan
Catat Ulasan