Ucapan Tahniah
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi atas pembentukan barisan baharu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor bagi penggal pentadbiran ini.
Tahniah juga kepada semua EXCO yang dilantik, sama ada muka baharu mahupun yang dikekalkan. Semoga amanah yang diberikan dapat dipikul dengan penuh integriti, kebijaksanaan dan keikhlasan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan negeri Johor.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan petunjuk kepada seluruh kepimpinan kerajaan negeri dalam melaksanakan tanggungjawab untuk rakyat.
Tahniah dan selamat menjalankan amanah.
سيروا على بركة الله
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil, KMN

Ulasan
Catat Ulasan