TOKOH ISTIQAMAH PAS JOHOR 2026
Cikgu Haji Roslan Nikmat
Roslan atau lebih dikenali sebagai Cikgu Lan pula dilahirkan pada 2 Mac 1960 di Bukit Baru, Melaka dan menyertai PAS pada 1984.
Beliau memiliki Diploma Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia serta Diploma Tasawur Islam daripada Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM).
Sepanjang 30 tahun berkhidmat sebagai guru, beliau turut menyumbang dalam bidang pendidikan di peringkat negeri dan kebangsaan, selain pernah bertugas sebagai Pegawai Hal Ehwal Murid di Pejabat Pendidikan Daerah Rembau.
Dalam PAS Johor, beliau pernah dan sedang memegang pelbagai amanah termasuk Yang Dipertua PAS Kawasan Mersing selama hampir 30 tahun, Bendahari PAS Negeri Johor serta beberapa jawatan dalam lajnah di peringkat negeri.
Beliau juga pernah menjadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor.

Ulasan
Catat Ulasan