TOKOH ISTIQAMAH PAS JOHOR 2026
Dr Mohd Ramli Md Kari
Dr Ramli pula dilahirkan di Kampung Parit Tengah, Yong Peng dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Parit Tengah.
Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Inggeris Rendah Yong Peng, Sekolah Menengah Inggeris Alor Gajah dan Maktab Melayu Kuala Kangsar sebelum mengikuti pengajian di Fakulti Perubatan Universiti Malaya.
Beliau memiliki kelulusan Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan, selain Diploma Tasawur Islam daripada ILHAM serta Ijazah Rawatan Perubatan Islam Darul Syifa.
Selama 43 tahun, beliau berkhidmat sebagai doktor perubatan swasta di Klinik Bakti, Batu Pahat.
Dr Ramli menyertai PAS pada 1999 dan pernah diberikan amanah sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Pahat.
Beliau adalah merupakan ADUN Senggarang (2004-2008) dan merupakan ADUN PAS yang pertama di Johor
Beliau turut bertanding dalam lima pilihan raya, iaitu sekali bagi kerusi Parlimen dan empat kali di peringkat Dewan Undangan Negeri.
Dr Ramli mendirikan rumah tangga bersama Rohayah Abdul Hamid yang merupakan mantan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan.

Ulasan
Catat Ulasan