TOKOH ISTIQAMAH
PAS JOHOR 2026
Ustaz
Abdullah Hussin
Ustaz Abdullah yang dilahirkan pada 13 November
1961 di Kampung Parit Pelampung, Tangkak menjadikan bidang ilmu, dakwah dan
perjuangan sebagai sebahagian daripada kehidupannya.
Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Al Hadis
dari Universiti Nadwatul Ulama, Uttar Pradesh, India pada 1993 sebelum
menamatkan Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Al Azhar, Mesir pada 2000.
Kerjayanya dalam pendidikan bermula sebagai guru
di Al Masriyah pada 1985 sebelum dilantik sebagai pengetua institusi berkenaan
pada 1994.
Dalam politik, beliau pernah menjadi Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa serta berkhidmat sebagai Penyelaras Khas
DUN Pulai Sebatang.
Beliau juga pernah memegang amanah sebagai
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tebrau, Ketua PAS Cawangan Puteri Wangsa dan
Pesuruhjaya PAS Negeri Johor. Kini beliau dilantik sebagai Ketua (Penaja)
Dewan As-Sabiqun PAS Johor.

Ulasan
Catat Ulasan