TOKOH ISTIQAMAH PAS JOHOR 2026
Ustazah Fatimah Ismail
Ustazah Fatimah pula mempunyai pengalaman selama 50 tahun dalam perjuangan PAS sejak menyertai parti itu pada 1976.
Beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Parit Nipah sebelum diberi amanah sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Muar dari 1999 hingga 2015.
Di peringkat negeri, beliau pernah menjadi Ketua dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor.
Beliau juga pernah menganggotai Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat serta menjadi Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Pusat.
Selain penglibatan dalam parti, beliau pernah menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Pakatan Kampung Parit Nipah, terlibat dalam aktiviti pengembangan Islam di daerah Muar serta menyampaikan tazkirah di surau sekitar daerah berkenaan.
Beliau kemudiannya diberi amanah sebagai Timbalan Ketua As Sabiqat PAS Pusat sebelum dilantik sebagai Ketua As Sabiqat PAS Pusat bagi sesi 2025 hingga 2026.

Ulasan
Catat Ulasan