MUKTAMAR TAHUNAN PAS KE-73: DI SEBALIK KEJAYAAN ACARA PERASMIAN
Di sebalik kejayaan mengendalikan Acara Perasmian Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72, terdapat satu pasukan yang bertindak memastikan keseluruhan perjalanan acara berlangsung dengan teratur, tersusun dan menepati perancangan — Unit Pengurusan Acara (Event Management).
Pada pandangan saya, antara perubahan yang sangat ketara dalam pengurusan PAS di Kelantan ialah kejayaan membentuk sebuah pasukan Event Management (EM) yang efektif, mempunyai komitmen tinggi dan mampu bekerja secara tersusun sejak awal penubuhannya.
Berbanding dengan muktamar-muktamar terdahulu, kali ini saya kurang terlibat secara langsung dalam proses merencana dan merancang perjalanan acara.Kali ini, saya diberi peranan sebagai Penasihat kepada unit ini.
Ditambah lagi, pasukan ini telah mempunyai pengalaman serta kemampuan dalam mengendalikan acara-acara rasmi dengan baik.
Lebih membanggakan, saya juga berpeluang menerima ilmu dan idea baharu daripada pasukan ini yang boleh dimanfaatkan untuk penambahbaikan pengurusan Muktamar dan program-program pada masa hadapan.
Terima kasih dan tahniah kepada seluruh pasukan yang terlibat.
Sesungguhnya, jasa, komitmen dan pengorbanan anda semua amat saya hargai.
Di sebalik sebuah kejayaan, ada sebuah pasukan yang bekerja dengan penuh dedikasi.
KFAK

Ulasan
Catat Ulasan