SOKONGAN TERHADAP USAHA KERAJAAN JOHOR TANGKAP ANJING LIAR
Saya menyokong penuh tindakan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan operasi besar-besaran menangkap anjing liar yang berkeliaran demi menjamin keselamatan rakyat.
Kejadian terbaru di Batu Pahat mesti ditangani secara berkesan, tegas dan bersepadu agar insiden seumpamanya tidak berulang.
Saya mencadangkan agar diwujudkan sebuah Jawatankuasa Khas yang melibatkan semua agensi berkaitan bagi menyelaras tindakan secara menyeluruh.
Kempen “SIFAR ANJING LIAR” juga wajar dilaksanakan dengan serius sebagai langkah jangka panjang untuk memastikan keselamatan masyarakat, khususnya
kanak-kanak, sentiasa terpelihara.
kanak-kanak, sentiasa terpelihara.
Keselamatan rakyat mesti menjadi keutamaan.
Sekian.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
8 September 2026

Ulasan
Catat Ulasan