KUALITI UDARA JOHOR: ORANG RAMAI DINASIHATKAN BERWASPADA




KENYATAAN MEDIA
KUALITI UDARA JOHOR: ORANG RAMAI DINASIHATKAN BERWASPADA

Setakat jam 8.00 malam, 6 Oktober 2026, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Batu Pahat mencatatkan 203, iaitu dalam kategori Sangat Tidak Sihat.

Sementara itu, tujuh stesen pemantauan lain di Johor turut merekodkan bacaan dalam kategori Tidak Sihat, iaitu:

- Segamat – 173
- Tangkak – 173
- Pasir Gudang – 170
- Larkin – 166
- Kluang – 164
- Pengerang – 162
- Kota Tinggi – 161

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan mengehadkan aktiviti di luar, khususnya aktiviti fizikal berat dan berpanjangan, sepanjang keadaan kualiti udara berada pada tahap kurang baik.

Orang ramai juga disaran mengikuti perkembangan bacaan IPU semasa dan mengambil langkah sewajarnya bagi menjaga kesihatan diri serta keluarga.

"Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Beramal Kerana Allah"

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Pengerusi
Khidmat Malaysia Negeri Johor
6 Oktober 2026

Ulasan