Siapa Selepas Kadir Sheikh Fadzir

Salam perjuangan, Mungkin berita Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengumumkan keluar daripada Umno bukanlah berita yang mengejutkan banysk pihak kerana rentetan beberapa peristiwa yang berlaku sebelum ini telah memperlihatkan bahawa beliau telah menunjukkan hala tuju pemikiran politiknya yang semakn jauh daripada parti yang tela beliau sertai sejak daripada tahun 1969 lagi.

Bermula dengan jawatan Presiden Kelab Umno luar negara pada tahun 1969 Abdul Kadir terlibat dalam UMNO sejak 1969 lagi di United Kingdom, Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah (1970 - 1976), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai (1978), Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu (1978), Ketua Pemuda UMNO Kedah (1978 - 1980), Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu (1984 - 1987). Malah, beliau terus setia bersama Umno setelah Umno diharamkan dan masih bersama dengan Dr Mahathir Mohamad menubuhkan UMNO baru. Beliau menyertai Ahli UMNO Baru (1988) dan terpilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1988).Beliau menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO sesi 2000 - 2003.

Beliau menjadi pemimpin veteran UMNO yang membentuk Angkatan Amanah Merdeka (Amanah). Amanah dilancarkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 22 Julai 2011. Bermula dengan penyertaan beliau bersama Amanah, gerakgeri dan kenyataan yang beliau keluarkan sering bertentangan dengan Umno lebih-lebih lagi dengan pentadbiran PM ketika ini.

Semoga keputusan yang dibuat oleh beliau akan menyuburkan lagi demokrasi di Malaysia yang mengkaramkan Umno yang telah semakin reput.

Wassalam.

Ulasan