Bertam Night : PKR Perlu Segera Bertindak

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

1. Bertam Night yang sepatutnya menjadi malam untuk mengumpul dana pilihanraya telah bertukar kepada mimpi ngeri apabila tersebarnya video dan gambar tiga anak gadis tergedik-gedik menari di atas pentas ala K-Pop yang hadir ke Malaysia baru-baru ini untuk dijadikan habuan kepada anak-anak muda.

2. Sama ada K-Pop di Bertam Night bayarannya murah ataupun mahal tidak menjadi topik perbincangan pada ketika ini tetapi apa yang penting adalah keperluan untuk menyelitkan acara seperti itu dalam majlis seumpama itu.

3. Saya cuba untuk mendapatkan pandangan daripada beberapa sahabat PKR terhadap insiden ini dan apa yang dapat saya coretkan disini bahawa mereka juga terkejut dengan peristiwa tersebut.

4. Ketika Umno/Bn diserang kerana membawa hiburan daripada luar dengan kos yangtinggi serta membawa budaya negatifkepada anak muda,tiba-tiba terselit juga acara yang hampir serupadi dalam majlis kita.

5. Saya mengharapkan teman-teman pimpinan PKR akan mengambil tindakan terhadap penganjur di atas keterlanjuran persembahan tersebut demi kebaikan semua pihak.

6. Saya percaya bahawa rakyat mahu melihat kekonsistenan sikap pimpinan PR di dalam setiap perkara.

Wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil

Ulasan