Bukti Cubaan Beli Ahli Parlimen Akan Didedah Selasa Hadapan

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Petang tadi, Ahli Parlimen Shah Alam menunjukkan sebahagian daripada bukti bahawa terdapat cubaan untuk membeli wakil rakyat PR. Bukti tersebut dipaparkan kepada pemberita untuk disiarkan kepada umum bahawa sememangnya berlaku proses membeli wakil rakyat PR selama ini.

YB Khalid Samad berjanji untuk mendedahkan secara terpeinci pada hari Selasa yang akan datang dan saya percaya ia sudah tentu menggusarkan pihak yang telah terlibat dalam proses pembelian tersebut.

Ia juga bakal menjawab sebab-sebab yang mendorong beberapa wakil rakyat PR sama ada di peringkat Parlimen ataupun Dun membuat keputusan untuk keluar daripada PR selama ini.

Sama-sama kita tunggu!

Wassalam

Ulasan