Semoga Lee Chong Wei Tabah Hadapi Dugaan


 http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/thumb/0/02/Lee_Chong_Wei82.jpg/200px-Lee_Chong_Wei82.jpg

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Saya telah membaca beberapa siaran berita berkaitan dengan masalah peribadi yang sedang menghantui keluarga jaguh Badminton negara iaitu Datuk Lee Chong Wei yang kononnya sedang berhadapan dengan masalah peribadi yang melibatkan ayah beliau sehingga tersebar berita bahawa ayahnya telah cuba untuk membunuh diri baru-baru ini.

Walaupun ayahnya telah menafikan spekulasi tersebut namun ia telah memberikan kesan kepada rakyat Malaysia yang semakin ingin mengikuti perkembangan kejadian tersebut dan pelbagai spekulasi telah dilontarkan di dalam media massa.

Sebagai manusia biasa, sudah pasti kita tidak terlepas daripada berhadapan dengan situasi sebegini dan di saat inilah kita perlu cukup tabah untuk menghadapinya terutama di saat yang sangat sukar.

Justeru saya berharap agar segalanya akan kembali normal dan Chong Wei dapat memfokuskan diri dan mindanya terhadap temasya Olimpik di London yang bakal bermula pada 27 Julai sehingga 12 Ogos ini.

Harapan pingat yang berkilau Emas disandarkan di bahu beliau maka sudah tentu harapan ini perlu digalas dengan sebaik mungkin.

Wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
13 Jun 2012, 12.26 tengahari

Ulasan