KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
HUDUD DI JOHOR : PEMUDA PAS MENGGESA UMNO JOHOR MEMBINCANGKAN SEGERA PELRLAKSANAANNYA
12 Sya'baan 1433 bersamaan 02 Julai 2012

Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat
keberanian YB Datuk Ayub Rahmat untuk mencadangkan perlaksanaan hudud di
negeri Johor seharusnya dipuji. Ini kerana beliau amat sedar bahawa
cadangan beliau ini pasti akan mendapat tentangan daripada sekutunya MCA
ataupun pimpinan-pimpinan utama dari UMNO sendiri.
Cadangan daripada ADUN Kemelah ini
seharusnya diteleti rasionalnya. Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya,
usaha PAS di dalam perjuangannya untuk melaksanakan hudud telah dilihat
oleh UMNO. Mereka akhirnya membuka mata dan melihat kebenaran dan
keadilan yang terkandung di dalam hudud itu sendiri.
Tahniah dan syabas Dewan Pemuda PAS
Malaysia ucapakan kepada YB Datuk Ayub Rahmat. Justeru, Dewan Pemuda PAS
Malaysia menggesa agar YB Datuk Ayub dan juga pihak UMNO Johor agar
dapat membincangkan perlaksanaan hudud di Johor secara serius bukannya
hanya cakap-cakap di dalam persidangan Dewan Negeri sahaja.
Disediakan oleh ;
Khairul Faizi Ahmad Kamil
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ulasan
Catat Ulasan