PEMUDA OPTIMIS UNTUK MELAHIRKAN KEPIMPINAN BERINTEGRITI

PEMUDA OPTIMIS UNTUK MELAHIRKAN KEPIMPINAN BERINTEGRITI
 
KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Malaysia telah berkunjung ke ibu Pejabat Institut Integriti Malaysia [IIM] yang bertempat di Jalan Duta semalam.

Kunjungan Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ini dilihat serius untuk melahirkan pemimpin yang berintegriti di kalangan Dewan Pemuda PAS khususnya.

“Kita telah berbincang dan merancang untuk mengadakan satu program khusus dengan IIM sebelum PRU 13 ini insya Allah”, kata Khairul Faizi selaku jurucakap di dalam pertemuan tersebut.
Selain itu, pertemuan ini menjadi satu langkah yang diambil oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia berikutan pengisytiharaan harta yang dibuat di Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia baru-baru ini.

“Kita mahu sebuah Institut yang berintegriti seperti IIM untuk memberi pandangan mengenai langkah yang diambil oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia di muktamar baru-baru ini. Al-Hamdulillah respon dari pihak IIM sangat baik dan kami diberikan beberapa pandangan mengenai perkara ini”, ujar Ustaz Nasrudin

Delegasi Dewan Pemuda PAS Malaysia diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda Ustaz Nasrudin Hassan, Setiausaha Saudara Khairul Faizi, Penolong Setiausaha 3 Saudara Yusapiza Yaacob, Pengarah Jabatan Pilihanraya Saudara Sany Hamzan dan 2 orang pegawai Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Dewan Pemuda PAS Malaysia disambut oleh Timbalan Presiden IIM Doktor A Bakar Sarpon, Pengarah Sektor Politik IIM Mohd Ismail Abdul Jalil, Ketua Penolong Pengarah Sektor Politik IIM Loganathan a/l Veerasamy dan juga dua orang Penolong Pengarah Sektor Politik IIM, Fison Hamdi dan Zubayry Abady.

Ulasan