Ketua MCA Biadap, Tidak Hormati Sensitiviti Islam

KETUA MCA SEGAMAT BIADAP, TIDAK HORMATI SENSITIVITI UMAT ISLAM

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam kenyataan balas Ketua MCA Segamat Dr Lee Hong Tee terhadap PAS Segamat yang membantah tarian gelek di sebuah pasar raya di daerah itu. Ketua MCA Segamat Dr Lee Hong Tee menganggap tindakan PAS Segamat sebagai “ultra konservatif” dan Pakatan Rakyat akan “mundur” di Johor jika menang dalam plihanraya umum lalu di Johor.

DPPM menganggap kenyataan Dr Lee Hong Tee sebagai biadap kerana tidak menghormati  budaya dan adab masyarakat di Malaysia terutama mereka yang beragama Islam. Apakah tarian gelek yang memaparkan wanita dengan pakaian separuh lucah dianggap sebagai aktiviti yang sihat menurut Dr Lee? Jika demikian, apakah sama tarian gelek dengan tarian tiang di kelab-kelab malam yang memaparkan wanita berpakaian separuh bogel, apakah itu satu aktiviti yang sihat dan berseni juga?

Tarian gelek yang dipaparkan di sebuah pasar raya di daerah itu seperti menurut gambarnya jelas menunjukkan suatu diskriminasi terhadap wanita. Wanita tersebut dipakaikan dengan pakaian seksi separuh bogel serta menari mengikut irama dan liuk lentuk dengan tubuh yang mempesona.Sepatutnya wanita itu dimuliakan. Tempatnya bukan di situ, mereka mempunyai kedudukan yang tinggi sebagai pemimpin, pengurus serta golongan yang dihormati. Meletakkan mereka sebagai tontotan kaum lelaki adalah
suatu penghinaan terhadap wanita.DPPM mengingatkan Dr Lee supaya menjaga sensitiviti dan adab resam masyarakat terutama mereka yang beragama Islam. Umat Islam merasa marah dengan kenyataan Dr Lee dan menganggap beliau tidak wajar menyatakan demikian dalam negara yang majoriti penganutnya beragama Islam. 

Tindakan PAS Segamat adalah mahu memelihara masyarakat supaya tidak berlaku gejala maksiat sehingga boleh menimbulkan perkara yang jauh lebih negatif seperti perzinaan, jenayah seperti merogol, gangguan seksual terhadap wanita, mencabul dan lain-lain lagi. Telah banyak kajian yang dibuat menunjukkan punca jenayah-jenayah seksual ini berlaku adalah disebabkan gejala maksiat yang berleluasa, antaranya wanita yang berpakaian terlalu menjolok mata serta aksi ranjang yang  merangsang nafsu.Dalam hal ini, DPPM ingin bertanya di mana suara pemimpin UMNO yang lantang memperjuangkan Islam selama ini. Di mana suara-suara ulama’ mereka serta pemimpin NGO mereka yang kononnya begitu tegar mahu Islam dilaksanakan. Beranikah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebagai Menteri Dalam Negeri menyelar kenyataan MCA Segamat dengan mencadangkan MCA berhijrah keluar negara kerana tidak menghormati sensitiviti umat Islam dan adab masyarakat negara ini sebagai mana beliau lantang menghalau keluar rakyat yang menuntut pilihanraya yang adil dan demokrasi. KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMILSetiausahaDewan Pemuda PAS Malaysia

Ulasan