MELAYU (DR MAHATHIR) MUDAH LUPA

1. Dr Mahathir, Dr Mahathir...dulu beliau Perdana Menteri Malaysia, sekarang Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Pernah sekali dipecat sebagai ahli UMNO dan dua kali istihar keluar daripada UMNO sewaktu Pak Lah dan Najib sebagai Presiden UMNO.

2. Apabila UMNO diharamkan pada tahun 1988, Dr Mahathir telah menubuhkan UMNO (Baru) manakala Tengku Ghazaleigh Hamzah menubuhkan parti S46. UMNO (Baru) adalah lahir daripada Zaman Dr Mahathir, sebab itu Dr Mahathir sangat sayang kepada UMNO dan sanggup buat apa sahaja demi UMNO.

3. Dr Mahathir dilaporkan berkata, Najib berperanan dalam menyingkirkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum Pak Lah tamat edah.

4. Ya, Pak Lah memang teruk dikecam terutamanya daripada Pembangkang akibat lemahnya beliau ketika menjadi PM. Agenda Islam Hadhari hanya mampu bertahan seketika sehingga BN kalah teruk pada tahun 2008. Tapi jangan lupa, Dr Mahathir juga berperanan besar untuk membantu dalam proses menjatuhkan Pak Lah sehingga akhirnya Dr Mahathir bertindak keluar daripada UMNO.
Memang Melayu (Dr Mahathir) mudah lupa.


5. Dr Mahathir kata ada banyak bukti bahawa Najib sebagai Perdana Menteri telah menolak amalan demokrasi di negara ini. Dr Mahathir kata, Najib menguasai badan Kehakiman, badan eksekutif dan Perundangan dan ini adalah sesuatu yang bercanggah dengan amalam demokrasi.

6. Walaupun Dr Mahathir dikatakan mempunyai daya ingatan yang cukup kuat namun di dalam isu Doktrin Pengasingan Kuasa yang telah tercemar di Malaysia, Dr Mahathir terlupa akan sejarahnya sendiri.
Memang Melayu (Dr Mahathir) mudah lupa.


7. Dr Mahathir 'menjatuhkan' Pak Lah dan mahukan Najib sebagai PM. Kini, Dr Mahathir mahu 'menjatuhkan' Najib dan Muhyiddin pula menjadi pilihan hati.

8. Jangan lupa, Dr Mahathir sanggup keluar UMNO dan menentang Pak Lah sehinggalah Pak Lah jatuh. Apabila Najib dilantik sebagai PM maka Dr Mahathir kembali kepada UMNO kerana Dr Mahathir sayang pada UMNO tapi marah kepada Pak Lah.

9. Najib, UMNO dan BN memang perlu dijatuhkan secara demokrasi dalam Pilihanraya Umum ke 14. PAS dan Gagasan akan terus lawan UMNO/BN bukan kerana Najib sahaja tetapi kerana dasar mereka. Namun adakah Dr Mahathir menentang Najib tetapi masih sayang dengan UMNO?.

Memang Melayu (Dr Mahathir) mudah lupa, janganlah kita pula yang lupa seperti Dr Mahathir.

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL 
1 Oktober 2016, 3.29 pagi

Ulasan