PAS PILIHANKU


1. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada 10 Disember 2016 telah bersetuju untuk meluluskan gerakerja penambahan keahlian PAS secara besar-besaran di seluruh negara.

2. Kempen ini dinamakan PAS PILIHANKU dan YB Dato' Iskandar Abdul Samad selaku Naib Presiden PAS telah dilantik sebagai Pengerusi manakala Jabatan Setiausaha PAS Pusat akan bertindak sebagai Jawatankuasa Perlaksana. Dato' Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS akan melaksanakan tugas sebagai Timbalan Pengerusi.

3. Kempen ini dijangka akan dilancarkan pada 21 Januari 2017 di Shah Alam dengan sasaran menghimpunkan 10,000 ribu anak muda.
4. Terdahulu, PAS telah melancarkan Pendaftaran Keahlian secara atas talian (online) pada 24 November 2016 yang lalu bagi mereka yang ingin memohon menjadi Ahli PAS Daftar Terus (Seumur Hidup).  Sila ketik (click) ke https://keahlian.pas.org.my untuk proses permohonan tersebut.

5. Pendaftaran secara atas talian ini telah mendapat sambutan yang sangat baik apabila kira-kira 800 borang permohonan telah diisi untuk menyertai PAS dalam tempoh 10 hari yang pertama sistem ini dilancarkan.

6. Borang permohonan juga boleh dimuat turun (download) melalui pautan di bawah ;
https://www.pas.org.my/keahlian/borang

7. Bagi menyemarakkan lagi kempen ini, Kaunter Pendaftaran Keahlian PAS dan Kaunter Daftar Pemilih mestilah dibuka di semua peringkat dalam setiap program yang melibatkan PAS bersama masyarakat.

8. Seluruh ahli PAS adalah diseru untuk terlibat dalam kempen ini. Perkembangan mengenainya akan dimaklumkan dari masa ke masa.

Sekian. Wassalam.

"PAS PILIHANKU"

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Sekretariat Kempen PAS Pilihanku
11 Disember 2016

Ulasan