Berdiri Teguh Bersama Kerajaan Malaysia Dalam Isu Pengharaman Amerika Syarikat Haramkan Import Sawit FGV

Ramai yang tertanya-tanya berkaitan dengan tindakan Amerika Syarikat mengharamkan import produk sawit FGV atas faktor kononnya FGV melakukan kerahan tenaga buruh paksa.

Mengikut laporan berita yang disiarkan semalam, Agensi Perlindungan Kastam dan Sempadan AS (CBP) dalam satu kenyataan menjelaskan pengharaman itu dilakukan berdasarkan kepada hasil siasatan selama setahun yang mereka lakukan dengan mendakwa FGV melakukan tenaga buruh paksa seperti penyeksaan terhadap golongan ditindas, keganasan fizikal dan seksual, melakukan ancaman dan penyimpanan pengenalan diri.

Berat tuduhan ini dan sudah tentu ianya memberikan kepada industri sawit Malaysia. Ianya sudah pasti akan ditangani oleh pihak kerajaan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Siasatan sedang dibuat oleh pihak kementerian terhadap tuduhan ini khususnya melibatkan FGV.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu berdiri teguh menyokong industri sawit negara dan perlu bersama memperbetulkan tanggapan buruk orang luar terhadap industri sawit kita.

KFAK

1 Oktober 2020

Ulasan