PAS-BERSATU Kluang perkukuh Perikatan Nasional



KLUANG: PAS Kawasan Kluang dan BERSATU Bahagian Kluang telah mengadakan pertemuan mahabah buat julung kalinya melibatkan kedua-dua pimpinan parti yang berlangsung di Balai Islam Haji Omar Jani (BIHOJ), di sini semalam.

Pertemuan mahabah ini berfokus kepada mewujudkan jalinan ukhuwah dan strategi politik di antara kedua-dua parti yang turut merancang untuk mengadakan pelbagai program bersama bagi meneguhkan sokongan rakyat.

“Pertemuan ini merupakan pertemuan pertama dengan BERSATU Kluang, Selepas ini kita (PAS Kluang) juga akan mengadakan pertemuan dengan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) dan Umno Kluang dalam masa terdekat,” ujar Yang DiPertua PAS Kluang, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Dalam pertemuan semalam juga maklumnya, PAS dan BERSATU telah mencapai persetujuan dalam beberapa perkara dan akan melaksanakan tindakan susulan kemudian.

Turut hadir Ketua BERSATU Bahagian Kluang, Mohamad Nor Lingan dan Timbalan Yang DiPertua PAS Kluang, Mohd Nor Mohamad serta Timbalan Ketua BERSATU Kluang, Johani Rajikin.

Juga Ketua Muslimat PAS Kluang Latifah Omar dan Ketua Srikandi BERSATU Kluang, Zaiton Akib serta Ahli Jawatankuasa Kerja PAS dan BERSATU Kluang. – HARAKAHDAILY 1/10/2020



Ulasan