SAFAWI RASID, LUQMAN HAKIM PERMATA BOLASEPAK MALAYSIA

 

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Semalam saya mengikuti perlawanan yang melibatkan pasukan KV Kortrijk yang diwakili oleh anak Malaysia Luqman Hakim melalui ciapan di Twitter. Saya cuba juga cari di Facebook atau Youtube kalau kalau ada siaran secara 'live' namun hampa tak dapat berjumpa. Rasa nak tonton perlawanan ini bergelora kerana Luqman disenaraikan sebagai pemain simpanan dan mungkin berpeluang untuk muncul dalam perlawanan kali ini.

Pada minit ke 63', ciapan di twitter memberitahu Luqman dimasukkan!

63' Dubbele wissel @kvkofficieel 

➡️ Luqman, D'Haene

⬅️ Van Den Bossche, Jonckheere

1-3 | #KVKRWDM #COYR

Rasa bangga walaupun hanya dapat membaca sahaja. Teringin rasanya nak melihat kelibat Luqman masuk ke dalam padang permainan. 

Walaupun gol kedua dan ketiga KV datang daripada sentuhan assist dari Luqman namun perlawanan berakhir dengan kekalahan 3-4. 

Apa yang penting Luqman sudah mendapat tempatnya di sana. Mungkin perlawanan seterusnya Luqman akan disenaraikan dalam kesebelasan utama dan kita mengharapkan beliau akan berjaya mencipta gol seperti mana dua gol yang telah disumbangkan dalam perlawanan persahabatan sebelum ini.

Namun pagi ini rasa tidak seronok dengan ciapan daripada seorang lagi pemain negara yang baru tiba di Portugal. Safawi Rasid meluahkan rasa geramnya kepada pengamal media yang menyiarkan kisah peribadi bukannya kerjaya beliau.

Bukan tidak boleh tetapi perlulah tanya sendiri pada tuan badan. Saya percaya beliau telah banyak belajar ketika bersama dengan JDT sebelum ini. 

Kita ingin lihat dua pemain ini mecipta nama yang gemilang di sana. Mungkin satu hari nanti orang luar akan tertanya-tanya siapa dia Safawi dan Luqman, mereka datang dari negara mana? 

Justeru perbanyakkan pemberitaan mengenai kerja mereka. 

Sekian, wassalam.

Ulasan