KEPERLUAN ASAS SAMPAI KE RAUB DARI TERENGGANU



Terima kasih kepada Khidmat Malaysia Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu. Turut bersama menyampaikan sumbangan Exco Kerajaan Negeri Terengganu, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah. Hadir bersamanya Timbalan Menteri YB Haji Amzad Hashim juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu pada 10 Januari 2021.

Bantuan keperluan asas tersebut diterima oleh Khidmat Malaysia Kawasan Raub. Paling mengejutkan seramai hampir 360 sukarelawan dihantar ke kawasan Raub bertujuan membersihkan dan bergotong royong mencuci rumah-rumah mangsa yang terkesan dari bencana banjir ini.
Antara NGO yang hadir ke Raub antaranya Yayasan Amal Malaysia, diwakili Ustaz Mohd Soud Said turut serta bersama menberikan bantuan sumbangan.
Terima Kasih kepada penyumbang !

Ulasan