YNWA : PENTINGNYA SEMANGAT BERPASUKAN - TEAM SPIRIT

YNWA : PENTINGNYA SEMANGAT BERPASUKAN @ TEAM SPIRIT


Dua bulan yang lalu, ramai yang tak menjangkakan LFC akan layak ke Liga Juara-Juara. Pernah berada di tangga Kelapan Liga apabila kekalahan demi kekalahan menimpa pasukan dengan enam kekalahan berturut-turut di Anfield, hanya mampu meraih tiga mata daripada 14 perlawanan. Terbayang wajah-wajah lesu dan sugul Jurgen Klopp, Salah, Mane dan pemain yang lain apabila keluar meninggalkan padang.

Benteng pertahanan yang rapuh apabila LFC kehilangan Virgil Van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip cukup dirasai apabila bola kerap bolos walaupun Alisson kekal sebagai Penjaga Gol.

Seakan sudah hilang arah namun terbukti semangat berpasukan yang tinggi, perancangan yang strategik dan ampuh, semangat juang yang jitu dan sokongan para penyokong yang luar biasa memberikan sinar kejayaan.

10 perlawanan terakhir LFC berjaya mengutip 26 mata dengan hanya 2 kali seri dan 8 perlawanan berakhir dengan kemenangan. Semua pemain berusaha untuk memastikan kemenangan, mengetepikan isu dalaman dan salah faham demi masa hadapan LFC.

Alhamdulillah, LFC berjaya bangkit dan pasti tiada yang menjangkakan LFC berada di kedudukan Ketiga.

Sangat dramatik! Teringat kepada pasukan hoki kami STAR ANACONDA yang ditubuhkan pada tahun 1990 dan namanya kekal tersemat sehingga ke hari ini. Bukan kerana kami ada pemain yang ternama tetapi semangat berpasukan yang tinggi, perancangan strategik dan semangat juang yang jitu membawa kami ke final peringkat MSSPK.

KFAK - penyokong LFC sejak 1983

#LFC
#liverpoolfootballclub
#staranaconda
#staripoh 

Ulasan