Tidak biar golongan terkesan COVID-19 bersendirian



PAS Negeri Johor akan terus memberikan perhatian kepada masyarakat yang terkesan dengan bencana COVID-19 khususnya bagi mereka yang berada di Negeri Johor. Sekretariat Tabung Bencana COVID-19 (STBC) yang ditubuhkan oleh PAS pada 1 Jun 2021 yang lalu telah bergerak di seluruh negara dengan memfokuskan kepada petugas barisan hadapan (frontliner) dan masyarakat yang terkesan dengan bencana ini.


Sehingga kini, STBC Negeri Johor telah pun turun ke 17 Parlimen di seluruh Negeri Johor bagi menyampaikan sumbangan kepada pihak hospital, Pusat Vaksin, wakil kerajaan seperti Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Ahli Majlis dan Ketua Kampung, petugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi memastikan bahawa sumbangan tersebut akan dapat disampaikan kepada mereka yang terlibat.

https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/30/tidak-biar-golongan-terkesan-covid-19-bersendirian/

Ulasan