MINTALAH BANTUAN TAPI BIARLAH JUJUR DALAM KEHIDUPAN




MINTALAH BANTUAN TAPI BIARLAH JUJUR DALAM KEHIDUPAN

Assalamu'alaikum semua...
Pagi-pagi ini ada diskusi bersama pasukan saya dalam Khidmat Malaysia Negeri Johor (KMNJ) tentang adanya seorang pemohon sumbangan yang memulakan bicara dengan menulis perkataan "Mekom"
Mekom ditulis sebagai menggantikan perkataan "Assalamualaikum" yang mungkin pada pandangannya sesuai dan bertepatan.
Rupa-rupanya, orang yang sama telah menghantar salam yang sama kepada petugas yang lain untuk meminta bantuan.
Cuma agak terkejut kerana dalam kedua-dua mesej ini, individu ini telah berikan gambar tong beras yang hampir kosong tetapi WARNA TONG yang berbeza. Boleh lihat perbezaannya dalam gambar.
Kerana rasa curiga, saya minta sdr Sanusi Setiausaha KMNJ untuk tanya pada individu ini kenapa warna tong berbeza. Sehingga posting ini disiarkan, masih belum ada lagi jawapan balas dari individu tersebut.
Dalam keadaan rakyat yang sebahagiannya terkesan dengan bencana Covid, janganlah ada yang cuba ambil kesempatan. Jangan ambil hak orang lain yang sebenarnya lebih memerlukan daripada kita. Hiduplah dalam kejujuran, bukannya dalam kepalsuan.
Satu lagi, berilah salam dengan betul.
Sekian, wassalam.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Pengerusi KMNJ
13 Julai 2021

Ulasan