NGO PERMAI CARE TERIMA SUMBANGAN DARI YADIM CAWANGAN JOHOR



NGO PERMAI CARE TERIMA SUMBANGAN DARI YADIM CAWANGAN JOHOR

Assalamualaikum dan salam perjuangan, 
Kebetulan saya berada di Johor Baharu, saya dimaklumkan oleh sdr Pengerusi NGO PERMAI CARE bahawa pagi ini team PC akan turun ke JB untuk menerima sumbangan dari YADIM Cawangan Johor.

Kebetulan ada kekosongan masa pagi ini, saya turun sekejap meraikan para pejuang/sukarelawan PC di BBU. Pengarah YADIM Johor, sdr Ammar dan jkuasanya juga turut bersama tadi.

Apa itu YADIM? Mesti ada yang tak pasti (bukan tak tahu) YADIM itu apakah sebenarnya 
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia atau ringkasannya YADIM adalah sebuah agensi Islam yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1974 dan ditubuhkan oleh PM yang kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

Apa tujuan YADIM? Tujuannya untuk selaraskan kegiatan badan-badan dakwah serta NGO agar berjalan seiring dan sejajar dengan dasar negara serta menjadi pemangkin ke arah penyebaran dakwah di Malaysia.

Yang Di Pertua YADIM sekarang ini adalah sahabat saya dari zaman Pemuda dulu, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi. Sememangnya beliau sangat menjiwa kerja-kerja dakwah dan berkebajikan. Sesuai sangat dilantik ke jawatan dan agensi ini.

Sumbangan yang diterima tadi akan diedarkan pada hari Isnin, sempatlah saya nak sertai nanti, insya Allah.

Wassalam...

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
17 Julai 2021

Ulasan