KENYATAAN MEDIA PERIKATAN NASIONAL PARLIMEN KLUANG

KENYATAAN MEDIA

PERIKATAN NASIONAL PARLIMEN KLUANG
Assalamua’alaikum dan salam sejahtera,
Perikatan Nasional Parlimen Kluang menyokong penuh kenyataan yang telah dibuat oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin tengahari tadi dan berdiri teguh menyokong kepimpinan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri untuk terus mengemudi Kerajaan ini.
Kesediaan YAB Perdana Menteri tampil menjelaskan kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional dan keabsahannya sebagai Perdana Menteri yang seringkali dipersoalkan telah memberikan banyak pencerahan dan ia adalah satu langkah yang tepat bagi merungkai pertikaian terhadap perkara ini.
Perikatan Nasional Parlimen Kluang menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya memberikan tumpuan kepada usaha menangani pandemik COVID19 secara bersama. Ramai rakyat yang terjejas dengan bencana ini, justeru usaha untuk menyantuni golongan ini perlu diteruskan malah perlu dilipatgandakan.
Kami mendoakan agar YAB Perdana Menteri akan diberikan kesihatan yang terbaik dan kekuatan untuk terus menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.
Sekian.
Kenyataan bersama ;
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Yang Di Pertua PAS Kawasan Kluang
Mohd Nor bin Lingan
Ketua BERSATU Bahagian Kluang
Pang Wui Ming
Pengerusi GERAKAN Bahagian Kluang
Tarikh : 4 Ogos 2021

Ulasan