MERASMIKAN DAURAH NUQABA' PAS KAWASAN KLUANG

Alhamdulillah, malam ini saya di minta untuk merasmikan Daurah Nuqaba' PAS kawasan Kluang secara Atas Talian.
Program yang dianjurkan oleh Majlis Nuqaba' PAS kawasan Kluang telah dihadiri oleh para Naqib/Naqibah yang telah dijemput khas untuk mengikuti Slot Pertama bagi menjelaskan tentang peranan Majlis Nuqaba' dan Usrah.
Saya kongsikan di dalam ucapan saya betapa pentingnya Usrah di dalam PAS. Pengalaman awal menyertai PAS pada tahun 1997 menyaksikan program Usrah menjadi program rutin wajib yang diadakan pada setiap minggu walaupun program-program yang lain tidak serancak seperti ketika ini.
Program Tarbiyah menjadi tunggak kekuatan PAS. Ia mesti diberikan keutamaan. Dengan perkembangan teknologi masa kini dan medium secara maya yang sudah menjadi norma baharu mestilah digunakan dengan sebaiknya.
Kaedah melaksanakan usrah mesti diberi nafas baharu dan kesegaran tanpa mengetepikan asas-asas usrah. Usaha untuk memastikan usrah dilaksanakan di setiap cawangan mesti diteruskan walaupun mungkin kehadirannya melibatkan jumlah penyertaan yang rendah pada peringkat awal.
Tahniah kepada Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS kawasan Kluang.
KFAK - YDP PAS kawasan Kluang
31 Ogos 2021

Ulasan