PERIKATAN NASIONAL SANTUNI WARGA KLUANG



PERIKATAN NASIONAL SANTUNI WARGA KLUANG
 
Perikatan Nasional (PN) Parlimen Kluang pada petang ini telah bersama-sama menyerahkan Bakul Makanan PN kepada beberapa penduduk di sekitar Kluang.
Menurut Khairul Faizi bin Ahmad Kamil, ini adalah merupakan program pertama yang dilaksanakan oleh PN Parlimen Kluang secara bersama yang melibatkan PAS, BERSATU dan GERAKAN di Kluang bagi menyantuni masyarakat yang terkesan dengan COVID19.
Beliau yang juga merupakan Yang Di Pertua PAS kawasan Kluang menjelaskan bahawa pengedaran Bakul Makanan diserahkan kepada mereka yang telah disenaraikan sebagai penerima khususnya bagi mereka yang terkesan dengan bencana covid-19 melanda negara kita pada ketika ini. 
Turut bersama dalam penghantaran petang ini adalah En. Mohd Nor bin Lingan (Ketua BERSATU Bahagian Kluang),  Encik Pang Wui Ming (Pengerusi GERAKAN Parlimen Kluang), Encik Mohd Nor Bin Mohamad (Timbalan YDP PAS kawasan Kluang) dan beberapa orang lagi pimpinan yang turut sama mengiringi program ini.
Encik Mohd Nor memaklumkan bahawa penghantaran bakul makanan ini akan diteruskan secara berperingkat  dan akan memastikan bahawa kesemua 500 kotak yang diperuntukan kepada PN Parlimen Kluang akan diselesaikan dalam masa  terdekat.
Menurut beliau lagi, PN Kluang dalam masa terdekat ini juga berusaha untuk melaksanakan program vaksinasi bergerak yang akan menumpukan kepada yang belum divaksin lagi khususnya kepada penduduk-penduduk di Kluang.
Encik Pang ketika ditemui pada petang tadi berkata usaha PN untuk terus menyantuni masyarakat diteruskan walaupun ketika ini kes positif COVID19 semakin tinggi. Beliau mengingatkan agar semua petugas dan sukarelawan dapat mengikuti SOP dengan sebaiknya dan elakkan keluar dari rumah melainkan ianya satu keperluan yang tidak dapat dielakkan.
Sekian. Terima kasih.
Perikatan Nasional Parlimen Kluang
5 Ogos 2021
#PerikatanNasional
https://www.facebook.com/105931858214612/posts/209686011172529/

Ulasan