SANTUNI KELUARGA TERKESAN RIBUT DI TANJUNG SEDELI




Tengahari tadi, selepas selesaikan penyerahan sumbangan ke Hospital Daerah Kota Tinggi, saya dan rombongan bergerak ke Tanjung Sedeli untuk menyerahkan sumbangan kepada keluarga yang terlibat dengan bencana ribut baru-baru ini.

Ini adalah kunjungan kali Kedua Khidmat Malaysia ke sini dan bagi saya pula adalah kali yang pertama.
Terima kasih kepada Encik Azmi bin Abu, Yang Di Pertua PAS kawasan Kota Tinggi dan pimpinan kawasan yang turut sama hadir mengiringi rombongan.
Sekian, wassalam.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
1 Ogos 2021

Ulasan